Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri,

Kami bertolak ke Tumpat, Kelantan pada hari Jumaat, 19-September 2009, jam 4.00 pagi. Nak elak jem la konon. Fobia memandu selama 13 jam pada hari raya 2-3 tahun dulu masih terasa. Sakit pinggang, lenguh kaki dan sebagainya memang perit untuk ditanggung. Mata pun dah terlalu mengantuk.

Kali ini jam 3.00 pagi menjadi pilihan tapi terlewat sejam gara-gara menyediakan sandwich untuk bersahur. Jam 5.15 pagi kami tiba di Petronas sebelum tol Bentong untuk bersahur dan solat Subuh. Ramainya orang yang nak ke pantai timur. Nak ke 'toilet'? "Ambik nombor bang!......

Tiba waktu subuh kawasan sekitar Petronas menjadi lengang. Tak ramai yang menunaikan solat. So, tak payah nak bersesak-sesak semasa ambil wudhu'. Selesai solat kami meneruskan perjalanan. Bandar Bentong sesak dengan kenderaan. Dua masjid dipenuhi dengan kenderaan. Oohhh! Di sini rupanya mereka berhenti solat subuh. Masya Allah! Su'us Dhzan. Masjid di bentong lebih besar dan selesa daripada surau di hentian Petronas.

Kami meneruskan perjalanan. Perlahan saja. Banyak kereta. Tak berani nak pecut. Walaupun dengan enjin Mitsubishi 4G91 yang baru ditukar, aku tak berani memecut laju apalagi memotong kenderaan dihadapan. Selain keluarga aku, Kak long dan 2 orang anaknya turut ikut sekali. Lapan nyawa dalam kereta. Tak berbaloi aku memperjudikan nyawaku dan nyawa mereka yang aku sayangi. Sesekali berhenti berehat dan qada' hajat. Mengantuk jangan cerita la. Apa lagi... Co-driver ada. Tukar kejap. Sempat jugak la terlena. Lepas tu tukar balik.......

Abang Ngah tanya, "Bila nak sampai ni? Abang Ngah rindu Tok Ma". Hmmmm ye la tu.... Bila dah jumpa Paksu Yo & Ayah Wan, jangankan Tok Ma, mama & abah pun dah tak nampak.

Lepas 10 jam baru sampai. Tunggu buka puasa. Hmmm rileks kejap la....letih ni. Zzzzzzzzzzzzz

0 comments:

Post a Comment